Monday, August 1, 2011

Majlis Khatam al Quran Negeri Selangor 2011 | jqaf selangor | Bahagian Pendidikan Islam | jqaf sepang

Majlis Khatam al-Quran Perdana Sekolah- sekolah Program jqaf Negeri selangor tahun 2011 telah berjaya diadakan di MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH pada 28 julai 2011.

Unit pendidikan islam ppd sepang telah menghantar seramai 30 peserta yang melibatkan kebanyakkan sekolah- sekolah kebangsaan di sepang. Mankala guru pengiring seramai 6 Orang. Program Khatam al-quran bermula pada pukul 8.00 pagi dan telah selesai pada pukul 2.00 petang.



Setiap PPD telah menghantar seramai 30 peserta. Program ini merupakan program tahunan yang dirangka oleh sektor pendidikan islam jabatan pelajaran selangor . Pada kali ini program telah dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Ramdzan , Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam yang mewakili Tuan Haji Abdullah Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.

jqaf sepang

Bengkel Pengumpulan Data elaporan jqaf Selangor 2011 | jqaf Selangor | elaporan jqaf

Pada 4 Julai sehingga 6 Julai 2011 yang lalu pihak Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor telah mengadakan bengkel pengumpulan data elaporan jqaf peringkat negeri selangor 2011 bertempat di PKG Sabak Bernam, Selangor.

Bengkel ini melibatkan pegawai-pegawai di sektor pendidikan islam jabatan pelajaran selangor, ketua unit atau penyelia kanan atau pegawai jqaf pelajaran pelajaran daerah di seluruh selangor dan juga 2 orang jurulatih utama data jqaf setiap pejabat pelajaran daerah di selangor.



Pejabat Pelajaran Daerah Sepang telah menghantar 3 orang pegawai iaitu Penyelia Kanan Unit Pendidikan Islam PPD Sepang Ust Fathony bin Hussin @ Abd Rafek serta 2 orang Jurulatih Utama Data Jqaf.

Kebiasaannya pengumpulan data ini dilakukan sebanyak 2 kali dalam setahun iaitu data 6 bulan pertama dan juga 6 bulan kedua. disamping pengumpulan data jqaf, pihak sektor pendidikan islam jabatan pelajaran selangor juga mengadakan mesyuarat dan perbincangan bersama semua unit pendidikan islam pejabat pelajaran daerah di selangor.

Pada hari terkahir bengkel pengumpulan data jqaf, Ustaz Jaafar bin Rajuli Ketua Penolong Pengarah , Sektor Pendidikan Islam , Jabatan Pelajaran Selangor yang mewakili Ketua sektor iaitu Tn Hj. Ariffin bin Mohd Amin yang tidak hadir atas tugas-tugas jabatan merasmikan penutupan bengkel pengumpulan data jqaf 6 bulan pertama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...