Wednesday, May 27, 2015

Sistem ePelaporan Bersepadu Program j-QAF 2015



Kepada Penyelaras Data Sekolah (PDS) anda boleh download berkaitan dengan epelaporan mengikut link di bawah



  1.        Installer ePelaporan 2015
  2.        Patch 05 ePelaporan  
  3.        Manual Manual Maklumat PATCH_JUN2015 dan KAEDAH VERIFIKASI SEMAK RALAT DATA ePELAPORAN JUN 2015.pdf
  4.        Converter 2015
  5.        FAQ epelaporan 2015 (update 9.4.2015)
  6.        Manual Pengguna ePelaporan (update 29.4.2015)
  7.        Panduan Simulasi Pengisian Data-Kemaskini Maklumat Murid (update 9.4.2015)
  8.        Panduan Simulasi Pengisian Data Pendidikan Khas ( 29.4.2015)
  9.        Prezi Gerak Kerja 
  10.        Proses Gerak Kerja untuk Penyelaras Data (update 9.4.2015)
  11.        Proses Gerak Kerja Pengisian ( update 9.4.2015)









Sunday, June 16, 2013

Monday, June 18, 2012

ESATU VERSI 12.1 | elaporan jQAF versi 12 tahun satu dan dua | esekolah versi 12 2012 | ekelas satu dan dua 2012| Data jqaf terkini 2012






alhamdulillah, antum semua boleh download elaporan jqaf versi 12 untuk tahun satu dan tahun dua serta esekolah... sila klik sini

ada versi terbaru untuk esatu versi 12.1 sila klik sini 

Sunday, February 19, 2012

Bengkel Simulasi Penyembelihan Tahun 2012 siri ke tiga | PEKDIS SELANGOR 2012 | SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM SELANGOR 2012

Kuang, Selangor : pada 11 febuari 2012 (sabtu) bersamaan 23 rabiul awwal 1433H telah diadakan Bengkel Simulasi penyembelihan tahun 2012 siri ke tiga  oleh pengurusan dakwah , Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor dengan kerjasama PEKDIS cawangan Selangor . Penyertaan peserta bengkel amat menggalakkan walaupun terdapat sesetengah sekolah yang mempunyai cuti gantian pada hari tersebut dan sambutan maulidur rasul.

Bengkel ini diadakan di Asrama Damai, Rumah Anak-anak yatim Kuang. difahamkan sebanyak seekor lembu, kambing serta seratus ekor ayam telah disembelih oleh peserta-peserta bengkel yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Peserta-peserta bengkel terdiri daripada ahli pekdis seluruh selangor, guru -guru pendidikan islam seluruh selangor , kakitangan-kakitangan pejabat pelajaran daerah di selangor serta kakitangan jabatan pelajaran selangor.




Selain simulasi sembelihan, turut diadakan ceramah yang bertajuk halalan toyyiban dari Encik  Salehin bin Maryakon, Pegawai JAIS. Acara perasmian penutupan bengkel telah disempurnakan oleh Tuan Haji Shopuan Anuar bin Ahmad , Penolong Pengarah Kanan Unit Operasi Dakwah mewakili Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor Ustaz Abu Hanipah @ Fauzi bin Zahari

Monday, August 1, 2011

Majlis Khatam al Quran Negeri Selangor 2011 | jqaf selangor | Bahagian Pendidikan Islam | jqaf sepang

Majlis Khatam al-Quran Perdana Sekolah- sekolah Program jqaf Negeri selangor tahun 2011 telah berjaya diadakan di MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH pada 28 julai 2011.

Unit pendidikan islam ppd sepang telah menghantar seramai 30 peserta yang melibatkan kebanyakkan sekolah- sekolah kebangsaan di sepang. Mankala guru pengiring seramai 6 Orang. Program Khatam al-quran bermula pada pukul 8.00 pagi dan telah selesai pada pukul 2.00 petang.



Setiap PPD telah menghantar seramai 30 peserta. Program ini merupakan program tahunan yang dirangka oleh sektor pendidikan islam jabatan pelajaran selangor . Pada kali ini program telah dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Ramdzan , Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam yang mewakili Tuan Haji Abdullah Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.

jqaf sepang

Bengkel Pengumpulan Data elaporan jqaf Selangor 2011 | jqaf Selangor | elaporan jqaf

Pada 4 Julai sehingga 6 Julai 2011 yang lalu pihak Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor telah mengadakan bengkel pengumpulan data elaporan jqaf peringkat negeri selangor 2011 bertempat di PKG Sabak Bernam, Selangor.

Bengkel ini melibatkan pegawai-pegawai di sektor pendidikan islam jabatan pelajaran selangor, ketua unit atau penyelia kanan atau pegawai jqaf pelajaran pelajaran daerah di seluruh selangor dan juga 2 orang jurulatih utama data jqaf setiap pejabat pelajaran daerah di selangor.



Pejabat Pelajaran Daerah Sepang telah menghantar 3 orang pegawai iaitu Penyelia Kanan Unit Pendidikan Islam PPD Sepang Ust Fathony bin Hussin @ Abd Rafek serta 2 orang Jurulatih Utama Data Jqaf.

Kebiasaannya pengumpulan data ini dilakukan sebanyak 2 kali dalam setahun iaitu data 6 bulan pertama dan juga 6 bulan kedua. disamping pengumpulan data jqaf, pihak sektor pendidikan islam jabatan pelajaran selangor juga mengadakan mesyuarat dan perbincangan bersama semua unit pendidikan islam pejabat pelajaran daerah di selangor.

Pada hari terkahir bengkel pengumpulan data jqaf, Ustaz Jaafar bin Rajuli Ketua Penolong Pengarah , Sektor Pendidikan Islam , Jabatan Pelajaran Selangor yang mewakili Ketua sektor iaitu Tn Hj. Ariffin bin Mohd Amin yang tidak hadir atas tugas-tugas jabatan merasmikan penutupan bengkel pengumpulan data jqaf 6 bulan pertama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...