Monday, August 1, 2011

Majlis Khatam al Quran Negeri Selangor 2011 | jqaf selangor | Bahagian Pendidikan Islam | jqaf sepang

Majlis Khatam al-Quran Perdana Sekolah- sekolah Program jqaf Negeri selangor tahun 2011 telah berjaya diadakan di MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH pada 28 julai 2011.

Unit pendidikan islam ppd sepang telah menghantar seramai 30 peserta yang melibatkan kebanyakkan sekolah- sekolah kebangsaan di sepang. Mankala guru pengiring seramai 6 Orang. Program Khatam al-quran bermula pada pukul 8.00 pagi dan telah selesai pada pukul 2.00 petang.



Setiap PPD telah menghantar seramai 30 peserta. Program ini merupakan program tahunan yang dirangka oleh sektor pendidikan islam jabatan pelajaran selangor . Pada kali ini program telah dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Ramdzan , Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam yang mewakili Tuan Haji Abdullah Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.

jqaf sepang

Bengkel Pengumpulan Data elaporan jqaf Selangor 2011 | jqaf Selangor | elaporan jqaf

Pada 4 Julai sehingga 6 Julai 2011 yang lalu pihak Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor telah mengadakan bengkel pengumpulan data elaporan jqaf peringkat negeri selangor 2011 bertempat di PKG Sabak Bernam, Selangor.

Bengkel ini melibatkan pegawai-pegawai di sektor pendidikan islam jabatan pelajaran selangor, ketua unit atau penyelia kanan atau pegawai jqaf pelajaran pelajaran daerah di seluruh selangor dan juga 2 orang jurulatih utama data jqaf setiap pejabat pelajaran daerah di selangor.



Pejabat Pelajaran Daerah Sepang telah menghantar 3 orang pegawai iaitu Penyelia Kanan Unit Pendidikan Islam PPD Sepang Ust Fathony bin Hussin @ Abd Rafek serta 2 orang Jurulatih Utama Data Jqaf.

Kebiasaannya pengumpulan data ini dilakukan sebanyak 2 kali dalam setahun iaitu data 6 bulan pertama dan juga 6 bulan kedua. disamping pengumpulan data jqaf, pihak sektor pendidikan islam jabatan pelajaran selangor juga mengadakan mesyuarat dan perbincangan bersama semua unit pendidikan islam pejabat pelajaran daerah di selangor.

Pada hari terkahir bengkel pengumpulan data jqaf, Ustaz Jaafar bin Rajuli Ketua Penolong Pengarah , Sektor Pendidikan Islam , Jabatan Pelajaran Selangor yang mewakili Ketua sektor iaitu Tn Hj. Ariffin bin Mohd Amin yang tidak hadir atas tugas-tugas jabatan merasmikan penutupan bengkel pengumpulan data jqaf 6 bulan pertama.

Friday, June 24, 2011

PPD SEPANG | jqaf PPD Sepang | Unit Pendidikan Islam PPD Sepang | Dr. Hj. Zahazan bin Mohamed | Seminar Profesionalisme Guru Pendidikan Islam 2011 | PEKDIS | Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Selangor

Salam semua,

Pada 18 Jun 2011 bersamaan 16 Rejab 1432H bertempat di Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi telah diadakan Seminar Profesionalisme Guru Pendidikan Islam 2011 peringkat PPD Sepang.


Objektif program ini diadakan bertujuan menambah pengetahuan Guru Pendidikan Islam terhadap perkembangan mata pelajaran pendidikan islam. Tambah menarik apabila slot ini turut diisi dengan ceramah dengan tajuk Guru Pendidikan Islam penjana tranformasi pendidikan islam yang disampaikan oleh Dr. Hj. Zahazan bin Mohamed.

(klik gambar diatas untuk lebih jelas)


Program ini juga turut diserikan lagi dengan sesi suaikenal dan amanat Pegawai- pegawai Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Selangor , Taklimat PEKDIS dan juga sesi dialog muhibbah. Semoga program ini dapat diteruskan untuk sesi yang akan datang. sekian.

"jqaf sepang"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...